Penahanan anggota Royal Navy oleh Iran 2007

Pada 23 Mac 2007 seramai 15 tentera laut Diraja Britain di dalam bot HMS Cornwall telah dikepung, ditahan dan dirampas oleh Pengawal Revolusi Iran di perairan Iran dan Iraq. Setelah Britain membuat pernyataan maaf secara tertutup dan rundingan berterusan, mereka di bebaskan pada 4 April 2007 dan drama tebusan 13 hari berakhir.Mereka terdiri dari 8 tentera laut dan 7 tentera marin diraja Britain telah menaiki bot pelampung secara 'tidak sengaja' menceroboh perairan negara Iran berhampiran Arvandrud/Shatt al-Arab. Mereka ditahan jam 10:30 pagi waktu Iraq (07:30 GMT, 11:00 pagi waktu Iran) . Pada 6 April 2007, selepas dibebaskan 15 tentera marin itu menafikan mereka meminta maaf. Kerajaan Britain , Perdana Menteri Britain Tony Blair menafikan mereka telah meminta maaf.Krisis ini tercetus ketika hubungan Iran-Britain cukup tegang berikutan Amerika Syarikat-Britain dan sekutu menjajah negara jirannya Iraq. Amerika telah mengetuk gendang perang terhadap Iran dan menuduh Iran memperkayakan bom nuklear.